Saturday, February 26, 2011

Makan Ketika Tidak Stress..

Alhamdulillah..
Terasa sungguh nekmat apabila menjamah makanan bukan kerana STRESS..
Sekali lagi, setinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada
Raja H

Serangkap pantun untuk yang tersayang:

Makan nasik ibu dah borink
Makan roti ibu dah bosan
kalau ayah baik hati
esok hari ahad,JOM kita keluar makan!
(pantun ini cacat..sila abaikan.)


KESIAN..Eh,SEKIAN lah..



Bersemangat waja nak mamam..

I really like this!

Yang cheezy,meezzy bagai ni bukan untuk saya..

Tersenyum puas sebab ada orang yang belanja..haha!


MORAL OF THE ENTRI
Makan ketika tak STRESS sangat nekmat, tapi makan ketika orang belanja lagi NEKMAT tidak terhengga!

Thursday, February 24, 2011

Amazing Clouds..Subhanallah..

Ini Kisah Tentang Awan Dania..

Pada Suatu Tengahari
Miss Ieka sedang menikmati lunch, nasi campur bersama air ribena
Mata Miss Ieka turut menikmati keindahan alam semula jadi di Tadika Xaris
Miss Ieka pandang depan, belakang, kiri dan kanan..
Semuanya nampak indah..
Pokok berbunga lebat, rumput pendek, hijau & cantik dimesin Uncle Wong pada minggu lepas..
Miss Ieka memandang ke arah langit yang membiru..
Subhanallah..
CantekSSnya awan yang berbaris seperti Rejimen Askar Melayu..
Miss Ieka mencampak sudu dan terus mencapai henpon pemberian Raja H
SnaP..SnaP..SnaP..!


Baris..Bariss Sedia!!

Dari Depan, Cepat Jalan!!

Kiri,Kiri,Kiri,Kanan..Kiri!

BerhennnnnnTI!


MORAL OF THE STORY
 Segala kejadian yang berlaku adalah kehendak Yang Esa..

Wednesday, February 23, 2011

Jom!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


Nak kepoh jugak??
Tekan jek faceblog

Ingin Diet Berkesan Kaedah Miss Ieka??

Untuk Makluman
10 bulan yang lepas, berat badan Miss Ieka ialah 75kg
Kalau dalam ayat matematik, equationnya adalah seperti di bawah:           

7 kampit beras 10kg + 1 kampit beras 5kg = 1 Miss Ieka
70kg + 5kg = 75kg = ??? (lu pikirlah sendiri..)

WhoAAAA!!
Dahsyat,kan..

Oleh itu
Demi kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri
Miss Ieka telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah kampit beras pada diri Miss Ieka..

Hasilnya
Selepas 2 bulan berdiet sakan + bersenam tak henti-henti
Hasilnya amatlah +ve
Alhamdulillah..

Dari Jun 2010 hinggalah sekarang
Berat badan Miss Ieka ialah bersamaan dengan 5 kampit beras 10kg je..
5 kampit beras x 10kg = 1 Miss Ieka

Maka
Jumlah kampit beras yang berjaya dilupuskan ialah:

(7 kampit beras 10kg + 1 kampit beras 5kg)-(5 kampit beras 10kg)=1 Miss Ieka

tolak, campur, bahagi, darab..errkk..
jawapannya ialah..sebanyak 2 kampit beras 10kg dapat dikurangkan..
bersamaan dengan 20kg..
YaYY!!

50kg = Miss Ieka

Sharing is Caring
Macam mana diet Miss Ieka boleh berhasil??
  • Yang pertama, of courselah dengan izin Allah
  • Jumpa Dr.Nur di klinik healthcare, Kebun Teh Jb..Mintak khidmat nasihat..Dr.Nur sangat sempoi dan sporting,ye..
  • Mesti disiplin dengan jadual makan yang ditetapkan oleh Dr.Nur..
  • Mesti bersenam hari-hari selama 1 jam..bukan susah, brisk walking je..Most of the time, Miss Ieka buat dalam umah jek..jalan setempat..
  • Selama 2 bulan, Miss Ieka CUMA makan roti 2 keping, minum susu HL dan makan buah-buahan SAHAJA dalam sehari..(diet ni x dicadangkan sebab lepas tu, Miss ieka terlantar di hospital sbb kekurangan gula..hihi..)
  • Yang paling dicadangkan, jumpalah Dr.Nur.. Sebab adik dan rakan-rakan terdekat dah mencuba, hasilnya juga amat +ve..Yang penting  sangat murah ye!
  • Selamat mencuba!


Gambarajah Kembang-Kempiss-Kempuss


Miss Ieka mengembang di sana-sini-sinung!
Terus mengembang dengan jayanya!!

Miss Ieka mula mengempiSSSSSS

Semoga Miss Ieka terus mengempuss dengan penampilan baru..hihi

Raja H jugak yang maintain..

Mereka berdua ni,  bila lagi nak mula mengempiss??Entah la..



MORAL OF THE STORY
Kalau lemah matematik, sila abaikan entri ini..sekian..





Tuesday, February 22, 2011

Al-KesaH Caterpillar is a Butterfly..

Di suatu hari yang hening,
Raja H dan Permaisuri Ieka telah bersiap sedia untuk bersiar-siar
Sebelum masuk kereta, Raja H masih sempat mengemas tong sampah di depan istana..

Tetiba..
"Errkk!!Ibu, tengok ni!" Raja H menjerit dengan nada yang panik..
Permaisuri Ieka bergegas lari untuk melihat apa yang terjadi..
Ek eleh, ulat sampah rupanye..(Raja H seorang yang sangat penggeli,ye..)

Sila baca dialog di bawah untuk mengetaui apa yang berlaku..

Raja H: Eeiii..Banyaknye..
Permaisuri Ieka: Takpelah, nanti lori sampah angkat
Raja H: Haah, takpe kan...Nanti rumah kita boleh banyak BUTTERFLY..

Permaisuri Ieka agak konpiuss di sini..
Terdiam sejenak sambil berfikir
"Ape kena mengena ulat sampah dengan butterfly??"

Permaisuri Ieka: Apsal pulak boleh banyak butterfly??
Raja H: Yelah, CATERPILLAR kan boleh jadik BUTTERFLY..

WHoAAAA!!
Sayang,itu ulat sampah la, bukannye caterpillar..
Huhuhu..
Sayang, mereka tak sama..
Comel dan naive sungguh wajah Raja H pada ketika itu..

Kemudian
Permaisuri Ieka menerangkan fakta yang sebenar kepada Raja H
Dengan muka selamba baginda bertitah,
"ulat sampah ke,caterpillar ke..semuanya sama..nama pun ulat.."
BOLEH??



Sayang, ini ialah caterpillar



Dan yang ini pula ialah ulat sampah...




Muahahahaha!
Sayang, mereka tak sama kan??????



Indahnya Dunia

Kalau semua ulat sampah boleh menjadi butterfly



Sayang, Ini ialah butterfly dari caterpillar,ye..


MORAL OF THE STORY
Masa cikgu mengajar dalam kelas, sila beri tumpuan..Untuk memberi manfaat kepada semua, sila amik iktibar dari gambarajah di bawah 


Kitaran hidup rama-rama untuk pengetahuan semua..

IsHH,
Tak jumpa pulak carta aliran untuk kitaran hidup Si Ulat Sampah..


 RAJA H
Ampun Tuanku!
and
I Lurve u lah!

Tetapi baginda pandai menyepak bola!!











Saturday, February 19, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF!


Salam..
Nak jugak menepek benda alah ni..
Benda alah ape ek??

Makan Ketika StreSS..

Assalamualaikum
Hari tu, Miss Ieka & Raja H sangat streSs sebab asyik terkenang kan Si Dia
Miss Ieka dan Raja H mengambil keputusan untuk mentherapykan otak kami

ATAU
yang lebih tepat lagi
Kami mentherapykan anak tekak dah perut kami yang turut merasa streSs

LOKASI 
untuk therapy kali ini ialah
Sugar Craft Cafe @Danga Bay
YUMMY!!

Gambarajah di bawah memaparkan aktiviti therapy yang sedang dijalankan..








Tak payah caption untuk gambarajah di atas..
Hanyalah kronologi perut kempis menjadi buncit..hehe..


MORAL OF THE STORY
Selalu StrEss,cepatlah membunciT macam Miss Ieka..Harap MakluM. 




Wednesday, February 16, 2011

Ceritera SePenToT

CERITERA BERMULA
Apabila Miss Ieka memulakan lesson di pagi Rabu yang ceria..
Lesson yang pertama adalah bersama my little ones from 1 Carnation
They're just about 2++ going to 3yrs

DURING THE LESSON
Miss Ieka terpaksa keluar dari kelas sekejap
Tekak terasa kering
Kenalah minum air barang seteguk dua,kan..
Water bottle tertinggal kat luar kelas
Memandangkan takde sesape yang boleh di suruh dalam 1 Carnation ni
Maka, Miss Ieka kenalah kena amik sendiri

BEFORE LEAVING
Miss Ieka berpesan kepada my little ones
"children, can u please wait for Miss Ieka for a while..?"
My little ones answered, "YES"..

SEKEMBALINYA KE KELAS..
Aikss!!sorang dah lesap
Tapi kehilangannya meninggalkan jejak
Miss Ieka membelek bahan bukti yang ditinggalkan
Hurmm, dah dapat agak dah ke mana my little one tu menghilang
Tapi saje jek tanya yang lain
Semua bantai "I don't know"

My Little One
Yang menghilang tu kembali ke kelas
Panik bila melihat bahan bukti yang ditinggalkan telah hilang,
beliau teruslah
"HuWAAAAAAAAAAAAAA"
Lorrr, tak sempat pong Miss Ieka nak cakap pape..

KESIAN SANGAT
Melihat my little one tu cuba explain ape yang berlaku
Dalam tangisan dan sedu sedan
Beliau bekata, "Miss Ieka, I'm very urgent.." (di alih bahasa dari Mandarin,ye..)

MY DEAR
Miss Ieka tak marah la..
Miss Ieka tolong simpan ke tepi jek, bahan bukti yang kamu tinggalkan tu
Tak manis di pandang mata
hihihi

SELEPAS ITU
Lesson terus berjalan lancar seperti biasa

CUMA SANGAT HAIRAN
Sepanjang lesson berjalan
My little ones dah meninggalkan bahan bukti yang sama sebanyak 3 kali
Tetapi dari owner yang berlainan

ISH,ISH,ISH..
What happened to my little ones today?
Sebelum ni,jarang bebenor mereka meninggalkan jejak seperti ini..
Semuanya agak urgent semacam..


OH, SAKSIKANLAH




Peninggalan bahan bukti yang Pertama bersama-sama Number Rods yang
tidak bersalah
Bahan bukti yang Ke-2
Bahan bukti yang Ke-3..dan yang terakhir..



JOM MAIN TEKA-TEKI 
Bepandukan gambarajah di bawah, agak-agakSnye, siapakah pemilik bahan bukti yang pertama??

Kalau tak dapat jawab, sila join 1 Carnation ye..
nanti Miss Ieka tolong sekolahkan..


Gambarajah yang di bawah ni tak payah lah teka..Bahan bukti dah sah-sah dia yang punye..Owner dengan senang hati mendedahkan identitinya kepada umum.


Owner bagi bahan bukti yang ke-2


HAHAHA!
Cuba teka yang ini..
Siapakah owner bagi bahan bukti yang ke-3??


Hint: Sila padankan bahan bukti dengan warna yang serupa..
HoHoHO!!



MY LITTLE ONES

Miss Ieka
loves all of YOU!



MORAL OF THE STORY

Jangan bagi your little ones makan/minum yang bukan-bukan sebelum ke kindi..

SEKIAN


















Friday, February 11, 2011

Mee Udon @ BlackCanyon

AL-KiSAH
Tak Nak Cakap Banyaklah..
Miss Ieka cuma nak cakap..
MEE Udon ni sangat SODAP..

TERIMA KASIH
Kepada RAJA H yang sudi membelanja Miss Ieka..

Macam mane nak pkai benda alah chopstick ni??


Haa!!Dapat pong sepit udang tu!


Tak pandai nak sepit mee udon ni pakai chopstics..pakai garpu lagi sonang!
YUMMY!!


Thursday, February 10, 2011

Masih Terasa Rindu..



UMMAR KHALIF
Hati ni masih lagi terasa rindu..
Walaupun zahirnya tiada air mata mengalir, tetapi di dalam hati masih menangis..
Rindu pada suara, tangisan dan senyuman itu...

WALAUPUN HANYA SEBENTAR,
Dia pernah menjadi SEGALANYA di dalam hidup ini..
Pernah menjadi tangisku, tawaku dan syukurku..

SEMUA ORANG BERKATA
"bersabarlah.."
"jangan sedih, jangan menangis"
"tak apa, pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku"
"ini bukan rezeki kamu"
"insyaallah, nanti ada rezeki yang lain"

AKU HANYA MENGANGGUK
Tanda bersetuju

TETAPI SEBENARNYA DALAM HATI SEDANG BERKATA
"bagaimana nak bersabar?"
"hati sangat sedih dan kecewa"
kerana
"aku tak pasti apakah hikmah di sebaliknya"
"benarkah ini bukan rezeki ku?"
"ataupun ini memang rezeki ku yang telah dirampas??"
"bagaimana kalau tiada rezeki yang lain??"

MEMANG
Bunyinya macam aku tak redha
Bunyinya macam sangat berdosa
Tapi aku insan yang sangat lemah
Aku berharap mendapat keampunan dariNYA..

UMMAR KHALIF
Ibu sayang kamu..



MORAL OF THE STORY
Kalau nak amik anak angkat, legal documentation masih belum cukup ye..
Pastikan mental dan fizikal kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan..
Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan ibu kandung yang agak S.E.N.G.E.T
Tak pasal-pasal kang, meroyan MACAM AKU!!




Aku, sesaat sebelum meroyan..
Raja H yang sangat cool macam COOL BLOG
Ummar Khalif yang suka tdo,minum susu,tdo, minum susu,tdo,minum susu,Zzzz..