Friday, August 12, 2011

Resah Menanti Esok..

Salam..
Esok Miss Ieka akan menemani Raja H sekali lagi ke satu destinasi..
Semoga segala keresahan di hati akan dapat di akhiri..
Ya Allah
Tabahkanlah hati & iman kami..
Permudahkanlah segala perjalanan & urusan kami..
Lindungilah kami dari segala dugaan ini..

Amin

Destinasi

Semoga tiada apa-apa..







Thursday, August 11, 2011

Baju Raya Saya

YaaY!
Baju raya Miss Ieka dah siap..
Korang punye macamane??
Sejak berkahwin dengan Raja H, setiap tahun urusan baju raya kami pasti akan  dibereskan oleh sesorang..
Wahh!
Siapalah yang baik hati sangat membereskan wardrobe raya kami tu ekk??
Siapa lagi kalau tak Mother in Law tercinta..
Miss Ieka kalau bab memilih material untuk baju kurung ni memang sengal semacam..
Surveylah ke mana pon..
Kalau dah namanya survey kain baju kurung, 100% Miss Ieka balik lenggang kangkung..Tangan kosong!
Oleh kerana MIL dah dapat mengesan keSENGAlan menantu hantu yang satu ni, maka semua urusan baju raya dia tulun settlekan..
Makanya, dapatlah Miss Ieka & Raja H bergaya di pagi raya..
Kalau tidak..Bergayalah kami dengan denim & t-shirt sahaja..
(ayat xnak skema la polak,kann..)
Hurmmm..
Tetiba terlintas pulak sesuatu di kepala batu Miss Ieka..
"mak ni asyik bereskan baju raya jek..kuih rayanya bila lagi??"
HikS!
;p

Gedik Santai 1

Gedik Santai 2

Gedik Santai 3

Nak mengGEDIK??
Mampos tak layan!

Sebenarnya Raja H agak bengang sebab MIL amik kain pelekat Cap Mangga yang Raja H baru beli untuk buat kain baju kurung Miss Ieka..

Sayang,
Nanti saya ganti baliklah..
Okies!

p/s: kena ganti dengan cap yang lagi canggih ni..Cap Gajah Duduk @ Cap Ayam??

;p

Sebelum 1 Ramadhan

Salam Ramadhan..
Untuk makluman
Entri ni tentang kisah yang memang dah outdated..
Tapi tak kira, nak post jugak!
;p
Malam sebelum 1 Ramadhan aritu, Miss Ieka sempat jugak berdating dengan Raja H yang tercinta..
Dah agak lewat malam, kami ke Senibong..
Miss Ieka saja nak ajak Raja H makan seafood..
Saje nak ajak Raja H melupakan seketika problemo dalam isi perut dia tuh..
Tapi, sedih sangat...
 Raja H tak lalu nak makan macam biasa..
Tak sampai hati tengok Raja H macam ni..
Biasa tu, kalau makan tak sah kalau pinggan tak licin & menciutkan..
Kali ni siap ade belen lagi..
Kalau tak diikutkan hati yang sedih, memang Miss Ieka dah tapau belen makanan tu buat lauk sahur..
;p
Lepas memakan makanan yang ade belen, kami berkencan di tepi laut..
Wahh!
Rasa macam romantik semacam..
Huhuhu
Takut jugak kekalau kena tangkap basah..
Maklumlah, kami masih lagi kelihatan muda remaja..
(Sila jangan muntah di sini..terima kasih)
;p

Hok dalam perahu tu my feveret!

Mamam sutun goyeng tepun!

:-(

Our kakiS no caguS..
Merenung masa depan??

Yelah!Saya tahu saya tak cun!
Saya Sangat Sayang KAMI!

Tangan kami pon takdok caguS!

Dah!Habis!!
Dalam hati korang mesti berkata "ek eleh, itu jek??"
kan,kan,kannnn???

;p

Tuesday, August 2, 2011

Saturday Treat!

Salam to all!
Sabtu lepas Raja H & Miss Ieka tercari-cari aktiviti untuk mengisi hari Sabtu kami..
Duduk kat rumah, bosan!
Nak ukur jalan kat Johor Bahru ni..Huh!dah terlebih ukur rasanya..
Ada takde pun, aktiviti makan jelah yang mampu kami buat..
Macam tak kesian pulak bunyiknye, kan..
Pfftttt!
Dah abis pkikir, kami pun mengambil keputusan untuk mengkidnap Budak Rambut Mushroom kat umah mertua Miss Ieka..
Budak Rambut Mushroom ni anak saudara Raja H..
Ingatkan nak bawak dia berjalan..Tapi, mak aihh!! Tak comot pulak dia aritu..
Nak tukarkan baju, dia datang sehelai sepinggang..
Selipar pon, dia pakai "selipar macam atuk saya" katanya..
Muahahaha!
Takpelah, dengan sempoinya kami bawak jek Budak Rambut Mushroom ni merayau kat Jusco Tebrau..
Ingatkan nak belikan dia selipar baru..
Tapi mati-mati dia taknak..
"Saya suka selipar macam atuk saya nih!"
Tapi, kami berjaya jugak tukarkan baju dia..
Itupun sebab dia dah berkenan sangat dengan t-shirt Ben 10 tuh..
Terpaksalah kami bawak Budak Rambut Mushroom ni ke kaunter pembayaran untuk
 di scan harganya..(since dia insisted taknak bukak baju tu lepas fitting)..
Akhir sekali, kami layankan Budak Rambut Mushroom ni meMABUKkan dirinya kat Happy Land! 
  • Memula tu, kami layankan diri kami di Tutti Frutti

Perisa Almond yang warna putih tu langsung tak boleh diterima akal..
Rasa ubat gegat, okk!





  • Lepas kami kidnap Budak Rambut Mushroom, terus mengLUNCHkan diri kat Kenny Rogers..



  • Lepas berjaya menukarkan baju Budak Rambut Mushroom, terus ke Happy Land!

Ketuk..Jangan tak ketuk!

Kaut..Jangan tak kaut!

Choo..Choo!!
Pancing..Jangan tak pancing! 
Dapat Sotong!!boleh suruh nenek masak sambal..



Die..Die..Die..
Heroes are ready!!
Battle!
Yang tua bangka jek yang over!

We won the battle..
Sebenarnye,Budak Rambut Mushroom tu awal-awal dah kiok..Hehehe..

Enjoy!!

Monday, August 1, 2011

Semoga Tiada Apa-Apa..

Salam to all..
Dah lama sangat rasanya Miss Ieka tak memblogkan diri yang goblok ni..
Maklumlah, sejak kebelakangan ni Raja H memerlukan perhatian penuh dari 
Miss Ieka..
Maka terpaksalah Miss Ieka mengabaikan hal-hal yang lain..
Miss Ieka berdoa & berharap semoga Raja H kembali sihat & gembira..
Semoga semuanya kembali seperti sedia kala..
Semoga semuanya tiada apa-apa..

Mereka sedang melakukannya..Miss Ieka menunggu lebih 1 jam..
Masa ni lawak..Raja H tengah separa sedar, melilau merata tanpa arah..
Nasib baik tak langgar dinding!
Haha!

Dah puas melilau tanpa arah, Raja H terduduk kepenatan..HikS!

Baru tersedar di alam nyata..
Keputusan akan keluar pada minggu depan..
Semoga tiada apa-apa..
Amin..

p/s:semua orang pun tolong doakan sekali eh..Thanks!

Friday, July 1, 2011

Sardine Rock & Roll

Hahaha!
Macam tak ganazz la pulak nama resepi kali ni ek..
Eleh, sebenarnye Miss Ieka nak masak Sardine Roll jek..
Saje, propa..
Jangan risau, kita semua tak perlu jadik rockers untuk memasak resepi nih..
Sambil berdondang sayang pun resepi ni boleh jadik..
Sardine Rock & Roll versi Miss Ieka diterjemahkan sebagai roti yang digulung bersama inti sardine..
Wokehhh!
Are you ready???
Let's Rock & Roll!
(isk, rasa geli pulak dengan diri sendiri..)


Sardine Rock & Roll!

Roti cap ape2 pon boleh..

Telur, fresh milk, garam & parsley

Sardine..Miss Ieka cuma panaskan, letak cili sos sikit..

Letakkan sardine macam ni..

Roll..roll..tepek pakai tepung gandum..

Gulung sampai ke kulit eh..Jangan membazir!

Panaskan butter

Guling-gulingkan roti dalam telur..

Goreng!

Siap pun..

Psstt..
Agak-agak, rockers makan tak sardine rock & roll ni??


Simple Chicken Sandwich

Salam to all..
Kita cerita pasal makan makanan lagi, nak tak??
Al-maklumlah
Miss Ieka & makanan bagaikan irama dan lagu..
Memang tak dapat nak dipisahkan..
Giler kau, nak berpisah dengan makanan..
Macam-macam boleh jadik tau..
Badan makin kurus, rambut boleh gugur, kulit boleh kering..
dan bla, bla, bla, bla, dan bla, bla...
Oleh itu, jom kita makan sandwich..
Tak tau nak buat sandwich???
Korang jangan nak mengade!
Budak sekolah Tadika Xaris pon boleh buat sandwich sambil pejam mata tau!
Tapi kalau xtau jugak, silalah rujuk langkah2 di bawah:


Nampak marvelous tak??


Miss Ieka suka Sandwich Patty cap AYAMAS..
Sangat tender & delicious!

Sapu butter sikit, pastu grill sampai CruchY!

Chicken Patty pun digrill jugak..
Moistkan dengan sedikit butter..

1st layer: roti, lettuce, patty, tomato & thousand island


2nd layer: roti, lettuce, patty, tomato,chili sauce, roti again..

Rupa hodoh takde hal!Janji halal untuk di makan..


Kalau setakat nak mamam sandwich, Miss Ieka suggest baik korang prepare 
sendiri lah..
Memang berbaloi-baloi..
Kalau nak makan kat subway tu mahal, tahu tak..
Tapi kan..Sebenarnya..Miss Ieka pun suka gak makan kat Subway tu..
Nasib baik subway takde kat Jb..
Kalau tak, tak wujudlah Simple Chicken Sandwich ni kat dapur I..(",)