Sunday, May 29, 2011

Selamat Tinggal Liew Zheng Khai..

Kisah sedih di Tadika Xaris..
My little one, Liew Zheng Khai is moving to Singapore..
We're going to miss you..
Take care & wish you all the best..

A big hug from Vir..

Zheng Khai look soooo sad..

We're going to miss you sooo much!

2 Carnation
From left: Jia Yi, Vir Kumar, Martyn, Zheng Khai, Tzu Yu, Pin Rong & Tik Feng







Cencaru Belah Belakang..

Cencaru aka Ikan Jaket is one of my favourite fish..
Miss Ieka adalah pemakan ikan yang tegar..
I'm a fish eater..Nyummm!
Janganlah tanye ikan ape yang Miss Ieka makan..terrlalu subjektif soalan tu..
Sebabnya, semua jenis ikan yang HALAL, gerenti Miss Ieka telan..
Oklah, cakap pasal Cecaru Belah Belakang ni Miss Ieka pasti ada berbagai cara penyediaannya..
Ada yang di goreng, kekadang dibakar..
Sambal pulak mengikut citarasa memasing..
Tapi yang penting, kita mesti kasi BELAH dia punya belakang..

Cencaru Belah Belakang

Bahan Kisar: Bawang merah & putih, serai, cili kering, udang kering

Tumiskan bahan kisar sehingga garing..Jangan lupa garam, gula & sedikit perasa..

Buat poket doraemon di kedua-dua belah..

Sumbat kiri..Sumbat kanan..

Sumbat semua..

Masuk oven, pakai pan grill @ kuali biasa semuanya boleh..NO hal punye!

Dah siap pon..Easy kan??

Sup Bayam

Sup Bayam..
Memang senang nak menyediakannya, tapi sangat leceh nak menyiang bayam..
Basuh pun kena teliti, takut berpasir pulak supnya..
Biasa kalau makan kat kedai, Miss Ieka memang jarang amik sayur bayam..
Sebab??
Sebabnya..Selalu jek Miss Ieka akan terasa kerangupan pasir bersama bayam tersebut..
Resepi bodoo tapi sodap ni khas untuk peminat-peminat bayam macam Miss Ieka & Mr.Popeye the Sailor Man..
tutt..tuuuttt!

Sup Bayam kegemaran saya!

Bawang merah & putih ditumbuk bersama ikan bilis

Tumbuh sampai pecah sahaja..JANGAN sampai lumat..

Fish ball & cili sekadar pelakon tambahan

Bahan terpenting :: BAYAM..i like yang kaler merah ni..

Didihkan air bersama fish ball & bahan yang ditumbuk

Masukkan bayam, garam & sedikit gula..

Enak di hirup begitu saja..













Friday, May 27, 2011

Karipap dari yang Tersayang..

AmboiiiiiHH!
Kemain sentimental lagi title entri kali ni,ek..
Actually
Semalam my lalink Asni beria sangat suruh Miss Ieka datang umah dia after skool..
Nak bagi karipap katanya..
Tak penah tahu pulak, yang minah kuat meroyan ni pandai buat karipap..
Hihihi..
So, after skool dengan semangat waja Miss Ieka pun terus menuju ke rumah beliau..
Di birai mata dah terbayang-bayang kelezattan  Si Karipap Panas..
Makan pulak petang-petang..PergHH!
Dalam hati pun berkata-kata "Boleh makan sambil drive nih..besh, besh.."
Sampai jek kat umah beliau, bekas karipap terus bertukar tangan..
Miss Ieka tersengih memandang bekas eskem Walls yang berwarna kuning tu..Besaunye bekas, mesti banyak nih!
Dah salam-salam..Dah kiss-kiss..
Lalink Asni cakap "Nanti kau balik umah, kau goreng eh.."
Ek eleh, karipap belum goreng rupanya..
Terpaksalah Miss ieka mengCANCELkan segala angan-anagan nak makan karipap sambil drive..
Huhuhu..
Sudahnye, karipap tersebut menjadi sarapan Miss Ieka sekeluarga pada keesokkan hari..
Lalink, karipap U memang TerbaEeKKK la!
tenkiuSS!

Si Karipap di dalam bekas Eskem..

Nak makan??kena SENDIRIK goreng dulu..

Almost ready..

Si KaripapS Panas di atas pinggan..

Terbaekk dari Ladang!

Moral of the Entri
Orang berbudi kita berbahasa..Orang memberi kita merasa..
Kalau orang dah memberi jangan banyak songeh..Ucap terima kasih dengan penuh keikhlasan, sudah! (macam gud-gud jek..)

Monday, May 23, 2011

Asam Rebus Ikan Kembung

Today
Terasa nak makan something light n easy with nasik panas..
Jawapannya..ASAM REBUS lah..
Miss Ieka kalau masak asam rebus suka sangat pakai ikan kembung..
Pastu suka sangat letak rumput-rampai @ dedaun yang berfragrant..
So, segala daun kesum, bunga kantan memang dicampak masuk sekali..
Yang paling best, kalau masak asam rebus @ asam pedas ni Miss Ieka tak payah lagi masak sayur..
Sebab segala sayur-mayur macam bendi, kobis @ sawi jeruk pun boleh dicampur sekali..
Lagi satu, tak payah bertumis bagai..
Kesimpulannya
Asam rebus is a PERFECT dish of the day..

Asam Rebus Ikan Kembung

Bendi, daun kesum, bunga kantan, asam keping..

Bawang merah, cili kering,  kunyit & belacan dikisar..


Didihkan air dalam periuk, masukkan bahan kisar bersama asam keping & bunga kantan.

Pastu boleh masukkan ikan, garam gula & perasa..

Bila ikan dah masak, masukkan bendi & daun kesum..

Tutup api..SELESAI..

Selesai jek masak, Miss ieka terus meratah asam rebus ni begitu saja..
Terus lupa kehadiran nasik di dalam rice cooker..
Hihihi..bengeng sungguh!

Saturday, May 21, 2011

Pak Choy with Oyster Sauce..

Siapa suka makan veggie???
Miss Ieka angkat tangan..
Siapa suka makan tapi malas nak memasak??
Miss Ieka angkat tangan lagi!
Siapa malas memasak, tapi suka makan??
Miss Ieka angkat ke-2 belah tangan..
Oleh itu, arini kita masak menu yang simple dimple jelah eh..
Sebab kemalasan sedang melanda diriku..

Pak Choy with Oyster Sauce
 Bahan-bahan
Siew Pak Choy
Minyak zaitun/bijan
Bawang putih
Sos tiram


Cara-cara
Didihkan sedikit air bersama minyak zaitun/bijan. Layukan pak choy sebentar. Angkat, tos dan letak dalam pinggan.
Tumiskan bawang putih yang dicincang. Selepas itu, masukkan sos tiram. Kacau rata.
Kemudian tuang sos ke atas pak choy tersebut..(sila rujuk gambarajah di atas)..
Easy kan??


Sambal sutun adalah lauk bersama..



Selamat memakan makanan!





Friday, May 20, 2011

Bubur Ikan

Bubur Ikan 
My hubby called it Bubur Baby..
Sedap di makan begitu saja..

Bubur Ikan

Isi ikan merah..Digoreng..

Bayam, carrot & ikan bilis (ditumbuk)
Tanak beras bersama halia
Bila beras dah kembang, masukkan semua bahan dalam pinggan tadi..Jangan lupa garam & sedikit gula..

Biarkan veggie layu sebentar..Tutup api..


leraikan isi ikan & tabur atas bubur..


Thursday, May 19, 2011

Sup Ikan Merah

   Kesian..
Raja H tak berapa sihat.
Miss Ieka masakkan Sup Ikan Merah untuk dia..
Sup ni sesuai jugak untuk baby dan kanak-kanak..
Dan
Sup ini pun sesuai untuk kita semua yang dah tua bangka..


Sup Ikan Merah


Daun sup. daun bay, bawang merah & putih, halia, lada hitam

isi ikan merah

Tumis sehingga naik bau..

Masukkan air, garam & sedikit gula..Biarkan mendidih..M

Last sekali, masukkan isi ikan..Dah masak, jangan lupa tutup api..


Takde masa nak bergurau senda arini..
Raja H kalau dah sakit, mengadeS nak bermanja..
BYE!

Nasi Goreng Seafood

Nama jek Nasi Goreng Seafood..
Jangan panik dulu!
Tak perlu menyelam ke laut dalam untuk mendapatkan bahan-bahannya..
Tak perlu memancing, mengail, menjala ataupun memBUBU..
Membubu??..Sesaje buat lawak di situ..(sila gelak,ye..)
Bahan-bahannya boleh didapati di pasar & kedai runcit & yang sewaktu dengannya..
Cara-caranya, amatlah mudah..
Semudah A,B,C!

Nasi Goreng Seafood..Makan dengan telur mata goyang..PergHH!

Carrot, kacang panjang & telur dadar dipotong petak-petak

Ni jek Seafoodnye..Saje bikin gempak..

Bawang merah, putih, cili kering & sedikit udang kering dikisar

Bahan Utama: Nasik putih balance malam semalam..(jangan membazir!)

Panaskan minyak & marjerin

Tumiskan bahan kisar sampai garing

Masukkan udang, sotong @ apa saja seafood kegemaran anda..
Biarkan sehingga seafood masak..

Masukkan nasik putih balance malam semalam..

Gaul nasik sampai sekata dan masukkan carrot, kacang panjang & telur dadar

Sekian..