Saturday, April 30, 2011

Dating Hujung Minggu~

YeeHaa!!
Last weekend,we had so much fun..
Eating, chatting and gossiping all day long..haha!
Thanks to my lalinks..Ila, Asni & Amoi sebab sudi mencemar duli ke teratak hamba..
Untuk Amoi, HAppy BirthDaY!!Miss Ieka ucapkan semoga Amoi berjaya melalui proses diet seperti yang dirancangkan..Amin..

FuHH!!
Aritu, Miss Ieka dah plan nak masak nasik tomato, ayam masak merah, beryani daging & acar..
Semua lauk-pauk goes well..
However,
My nasik tomato hancuss disebabkan rice cooker tidak memberikan kerjasama..
Boleh pulak dia buat lawak at the very crucial moment..
huH!tak kelako langsung okkk..
Nak rosak, bagilah Signal dulu..ni tak!
HAngin satu badan!

Finalist dewi Remaja..

Mentekedarah session

Gossiping session

Add caption



Happy birthday Amoi!



Mee Bandung Muar @ Kg.Melayu

Mengidam..
Satu perkataan ni telah buat Raja H fenin kepala untuk 2 malam berturut-turut..
Miss Ieka mengidam nak makan mee bandung..
Malam pertama kami ke gerai mee bandung kat Taman Dahlia..
Hampa..Orang ramai giloSS..takde tempat untuk berdiri, apatah lagi untuk duduk..
Kemana lagi ek??Nak ke Tanjung Langsat dah malam sangat..esok kami noreh!
Pastu kami menuju ke "Gerai Apa Nama??" @ Kg.Plentong
Mee Bandung pakcik ni pon boleh tahan..
Hampa lagi..TUTUP..
TUTUP di hari Khamis??Tak paham okk..
Last skali makan tomyam jek..
Malam kedua, kami return ke "Gerai Apa Nama??"..
Lagi-lagi HAMPA..TUTUP!
Raja H garu kepala, terus menuju ke warung tepi Maybank kat Taman Pelangi..
Dolu-dolu, suka sangat makan mee bandung kat sini..Lagi-lagi-lagi HAMPA!
Mereka dah berkemas nak tutup warung..
HeYY!!Baru pukul 10 lah pakcik..huhu..
Terus call my kak long, dia cakap ade kat Chawan Cafe nearby umah Miss Ieka..
No way nak patah balik..dah jauh kat area bandar ni..nanti patah balik kedai tutup plak..
Call my Lalink Asni, dia suh cuba kat tepian tebrau..tapi dia tak SURE..huhu..
Raja H terus call sorang lagi teman tapi mesra..
Hah!ada Mee Rebus Muar yang mantop kat Kg.Melayu..
YaaYY!Finally..

Ais limau & Teh tarik

Mee Bandung Muar @ Kg.Melayu
Selak-selak ada 6 ekor udang smedium size..

Alhamdulillah..
Lega dapat melunaskan rasa mengidam nih..hihi
Berakhir sudah fenin kepala Raja H
Cuma..Next time kalu nak order Mee Bandung ni, Miss Ieka kena mintak 
"Mee Bandung kurang manis satu!"
Manis sesangatla..

Moral of the Entri
Mee Bandung Muar + Nasi Goreng Seafood + Teh Tarik +Ais Limau =RM 20.50
TenkiuSS to my beloved Raja H

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Miss Ieka memang peminat tegar durian, tempoyak dan sekutunya..
Hari tu, dapat lagi stok tempoyak dari Ibu Mertuaku..TenkiuSs Mak!
Dapat jek stok, Miss Ieka terus heret Raja H ke market..
Nak beli Ikan Patin yang masih bernyawa..hahaha!
Miss Ieka beli 2 ekor..Sekor tu nak bagi kat Ibu Mertuaku tanda terima kasih atas sumbangan stok tempoyak yang baru tu..
Air liur dan menjejes, tak sesabo nak masak gulai tempoyak nih..
Resepi adalah ikhsan Ibu Mertuaku yang amat pakar dalam masakan ni..

Dapatkan ikan patin yang fresh tau..

Clockwise: kunyit hidup, cili padi, tempoyak & daun kesum..
Sila tambah asam keping kalau tempoyak yang berusia setahun ke bawah..

Lumatkan semua dalam lesung batu..

Lumatkan camni tau..

Didihkan air dalam kuali, masukkan bahan lumat tadi kacau rata..
Masukkan ikan & asam keping diarkan didih sekali lagi..
Last sekali, masukkan ikan patin & daun kesum..Jangan lupa garam, gula & sedikit perasa..

Sila Ngap bersama nasik..Hirup begitu saja pun YummY!

Moral of the Entri
Semakin lama usia tempoyak tu, semakin "kick" rasanya..

Terkenang..

Tiring..
Sehari suntuk, dari pagi ke tengahari, bawak ke petang sampai ke malam karang..
MAkaN, MakAn & MaKan Lagi..
Ada kenduri kawin, majlis pertunangan & besday party..
Sendat-mendat perut Miss Ieka yang chumell nih..
Hurrmm..
Bila pergi majlis-majlis keraian macam ni, terkenang pulak majlis sendiri yang dah agak berkurun tuh..
Terasa macam nak lalui sekali lagi lah..
HeYY!!
Of courselah dengan orang yang sama..Raja H..
Kalau ada rezeki, anniversary tahun ni nak amik gambau kawinlah..
Nak jugak merasa outdoor photoshoot..
Ada sesape sudi nak sponsor pengantin lama nih?? ;p
Last but not least, Sambal Goreng Sabah kat majlis tunang Nisa memang TERBAEKKlah!
Lagi HAPPY bila dapat telur pindang kat umah orang kawin..
Hihihi..Tak sah kalau tak cerita pasal makan kan??

Untuk Nisa, CongratS!!Semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin..


Inilah Sambal Goreng Sabah yang LezaTT tu..

Peminat Tegar Si Telur Pindang!

Love this the most!

Keriangan selepas kekenyangan..

Oh, Bapa Mertuaku & his son aka my hubby..

WhooopSS!!
Takde pun gambau Nisa yang bertunang tu ek??
xpelah, kan titlenya  terkenangkan majlis Miss Ieka yang dolu-dolu..
Makanya
Silahlah layan gambarajah penuh nostalgia di bawah ni,ye..



Majlis Tunang Miss Ieka bersama Raja H

Hantaran Pertunangan

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin..

Wednesday, April 20, 2011

MeeHoon PantaS

Sepantas Namanya
Sepantas itulah juga cara memasaknya..
Dan 
Sepantas kilat, kita boleh memakannya..
Lalu 
Tido....Zzzzz..

Bahan utama..Miss Ieka pakai Cap Mamee bukan Cap PAMA..
Bahan sampingan supaya tak nampak macam meehoon bodoo..
Cara masak: Sila lah rujuk di bahagian belakang packaging eh..

Entri meehoon ni adalah permintaan khas dari my ex-roomate masa kat UiTM dulu..
Cik Yah, this is for u and ur beloved Aaira..
(Aaira kan suka makan meehoon sup..haha!)

Siput Chantek Masak HENTAM Sajalah!

Salam Sejahtera
Buat julung-julung kalinya, Miss Ieka bereksperimen dengan beberapa ekor siput yang dijumpai di pasar tani..
Tadi masa jenjalan kat pasar tani, Miss Ieka tertarik dengan siput yang agak chantek di gerai ikan..
Dengan penuh konpiden & eksen, Miss Ieka terus membeli siput itu sebanyak 1/2 kilo..
Langsung tak bertanya apa namanya, macamane nak memasaknya..
Huhuhu..Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan..Padan Muka!
Sebabnya 
Sampai jek kat umah, Miss Ieka termangu lebih sejam memikirkan bagaimana nak mengerjakan siput chantek tersebut..
Sudahnya
Hurmm...HENTAM sajalah!!

Inilah Siput Chantek itu..
Selepas di HENTAM sajalah, beginilah rupanya..Cari benda tersembunyi: Dimanakah Siput Chantek itu??
Nak resepi??
Lupakan saja..Sebab Miss Ieka pun dah lupa apa yang dibubuh..
HENTAM sajalah!!
hahahaha!

Moral of the Entri
Walaupun tak tahu memasak, itu tidak beerti kita tak tahu makan..HENTAM sajalah!

Monday, April 18, 2011

RISSOLE FLORENTINE

Ehemm!!
Sekali lagi minah jawa ni mengadess nak memasak benda yang bukan2..
Alaaa, takpelah kan..
Kalau nak tunggu Miss Ieka fly kat tempat omputeh tu, mmg takdelah..
Miss Ieka tak banyak RM nak fly ke sana-sini-sinung~
Tak dapat pegi tempat dorang, dapat makan makanan dorang pon jadikah..
Itupun kena masak sendirik, berpandukan resepi yang dikutip di sana-sini & sinung..
AhaKSS!


Inilah ghope Rissole Florentine with Fettuccine..
Benda alah 2 bijik tulah yang dipanggil Rissole Florentine...namanya seindah ghope,kann?




Resepinya Sila Rujuk Catatan di Bawah:

RISSOLE FLORENTINE

3 pieces of white breads
¼ cup of milk
500 gm minced beef
2 egg yolks
1 yellow onion chopped finely
A handful of fresh parsley chopped
6-8 tbsp olive oil
3cloves garlic minced
300 gm spinach leaves shredded
½ tsp nutmeg powder
Black pepper powder and salt to taste
1 cup of grated Swiss or Cheddar cheese
1 cup flour
Tomatoes sauce
2 tbsp olive oil
4 cloves garlic minced
1 yellow onion chopped finely.
1 tin of plum tomatoes blended
A handful of chopped parsley
Salt, sugar and pepper to taste

Method:-
1. Soak bread in milk and mashed it, then mix in together with minced beef, egg yolks,
onion and parsley.
2. Heat 2 tablespoon oil fry garlic and add spinach to cook until it shrink add nutmeg
powder, salt and pepper, to cold for a while.
3. Take handful of the meat mixture and fill with a tablespoon of spinach and a teaspoon
of cheese and shape it into a ball.
4. Heat oil and roll meat balls over flour and fry them for a few minutes to brown on both
sides.
5. Place meat balls in a casserole dish and bake in the oven for 20 minutes.
6. Heat oil, sauté garlic and onion until it soft add tomatoes and parsley, salt and pepper
to taste, pour over the balls and serve.

Gambarajah berikut merupakan kronologi kejadian Rissole Florentine:

Spinach yang perlu digoreng bersama rakan-rakannya

Minced beef bersama sekutunya

Bubuh spinach dan cheese di dalam daging

Gentel jadik bulat-bulat

sila gentel sampai habis,ye..

Grillkan mereka!!Pssstt, tu grill pan cap ayam pemberian Sang Suami tau..Miss ieka baru jek potong reben merasmikannya hari ni..

Masukkan semua..

Apa ada dalam meatball tu??Spinach!!kegemaran En.Popeye dan Miss ieka!

Moral of the Entry
Makan bebanyak makanan omputeh pun, tak jadik puteh lah..Dun worrY!

Wednesday, April 13, 2011

Ikan Pari Bakar

Petang ni Miss Ieka telah memasak dalam tangisan..(T_T)
Sambil memasak air mata turut mengalir..
Sebabnya??
Sebab bawang pun ye, sebab Si DIA pun ye jugak..
Buat yang x tahu siapa Si DIA, sila rujuk entri sebelum entri Ikan Pari Bakar ni..
Oleh kerana terlalu sedih mengalahkan Neng Yatimah, Miss Ieka tak berapa nak fokus ketika memasak..
Maka, 
Tiadalah gambarajah yang memaparkan kronologi kejadian semasa Ikan Pari Bakar ni berlaku..
Maka,
Tataplah gambarajah Ikan Pari Bakar ini selepas kejadian..


Ikan Pari Bakar bersama Ismit Ulam Raja..

Bahan-Bahan

Ikan Pari
Bawang merah & putih
Cili kering
Serai
Belacan
Udang kering

Cara-Cara

Untuk sambal
Semua bahan di atas (kecuali ikan pari) dikisar dan ditumis hingga garing.
Masukkan garam & gula secukup rasa..
Nak lebih rasa bubuh la Pak Aji tu..

Pastu,
Letakkan ikan dalam daun pisang dan bubuhkan sambal tumis tadi kat atas ikan tu..
Dah namanya Ikan Pari Bakar kan??Apa lagi, pegilah bakar..Jangan direbus pulak,ye..Takde dapur arang nak bakar??
Jangan nak mengade-ngade, pakai dapur gas & bakar atas frying pan pun boleh..
Lepas ikan dah masak, masukkan bendi & cili merah yang telah dipotong seperti gambarajah di atas..
Biar cili dan bendi kejap (tutupkan kuali)..Kalau bendi tu a bit crunchy lagi sodap!
Siap!
Ngap!..Bismillah dulu tau..

Moral of the Entri
Sedih-sedih pun Miss Ieka selera gak nak makan..Dah lecak ketiak memasak, xkan nak membazir kan?? (^_^)\/

Doa Untuk DIA..

Selepas pemergian DIA
Hati ini selalu berbisik
Lepaskan dia pergi..
dan
Jangan dikenang lagi..
tetapi
Hati ini hanya mampu biarkan dia pergi..
Namun kenangan itu masih lagi berbekas di hati..
Tak mahu menyesal, apatah lagi terkilan..
Ini semua sudah menjadi ketentuanNYA..
Yang pasti
Hidup perlu diteruskan
Walaupun terpaksa menelan semua kenangan
Demi yang tersayang,
 Ku sentiasa berdoa semoga esok akan sentiasa menjadi lebih indah dari semalam
Dan untuk DIA
Doaku semoga segala yang terbaik akan menjadi miliknya..
AMIN..

Really love the way he sleep..

Sungguh terharu..DIA masih pakai botol pemberianku..

Wonder how big he can be (",)

Selamat tidur sayang..

Masih jelas terbayang saat-saat memilih pacifier tu kat jusco..Sebab beli: pacifier tu will glow in the dark..haha!

p/s: semua gambarajah di atas adalah hasil skodeng..moga-moga x disaman oleh mana-mana pihak..

Moral of the Entri
Miss Ieka pon pandai buat cerita lain selain dari cerita pasal makan & makanan tau!Harap maklum..

Monday, April 11, 2011

Lemak Tempoyak Udang

Hurmm..
Memasak & memakan makanan nampaknya telah kembali menjadi hobi Miss Ieka sejak dua menjak ni..
hAdoihhhh!!
Macamane nak buat nihhh??
Takpelah, nanti kita pikir cara mengatasi masalah ni kemudian..
Sekarang marilah kita mengatasi masalah tempoyak yang diberi oleh ibu mertua Miss Ieka tu..
Kesian tempoyak tu, dah sejuk beku dalam peti ais since last week..
Mesti dia dah sejuk menggigil duduk lelama dalam tuh..hihi..
Jom kita settlekan dia sebelum tempoyak itu bertukar menjadi keju..
(Miss Ieka buat lawak tu, sila gelak ye..)


Bawang merah, putih dan cili padi ditumbuk bersama tempoyak..As a result: Sila rujuk paste yang bewarna kuning keemasan tu..bahan lain, asam keping, serai, tomato & daun kunyit.

Miss Ieka menggunakan udang medium seramai 20 ekor..

Panaskan santan dan masukkan tempoyaks tadi..Kacau hingga sebati..Time bubuh tempoyak tu, kalau ade yang melekat kat sudu tu, jangan lupa jilat tau..Sebab tempoyaks ni pun amat sodap dimakankan begitu saja!

Pastu boleh la masukkan udang, asam keping & serai..Jangan lupa serbuk kunyit, garam dan sedikit gula..

Last sekali, bubuhlah tomato dan daun kunyit..

Dah siap pun..Boleh la diNGAP bersama nasik..


Moral of the Entri
Walaupun selalu mengadess nak makan makanan OMPUTEH, makanan MELAYU tetap menjadi pojaan hatiku..(especially makanan yang bernama tempoyak ni..goreng pon sodap)

Saturday, April 9, 2011

Must Try!!Simple & Easy Recipe..

Happy Weekend to All!
Terasa heaven sangat bila dapat mencuba resepi yang sangat simple dan easy di hujung minggu nih..
Miss Ieka rasa terpanggil nak share resepi ni dengan kamu semua..
Selamat mencuba..(^_^)\/

Bahan-bahan untuk resepi ni ialah handphone, sedikit duit dari wallet hubby &  bahan rujukan  untuk menu yang nak dimakan..


Sedikit effort diperlukan untuk membuat panggilan ke 1-300-888-333..Berikan segala details yang perlu, pastu order saja ape menu yang nak di makan..(p/s: plan dulu nak makan ape supaya x terkial-kial masa di dalam talian macam Miss Ieka-semua benda nak makan!)


Sementara menanti menu yang nak dimakan itu siap, kita boleh lah berehat sebentar sambil menonton Hindustan..


Ding!Dong!
Bila dengar door bell berbunyi..
Itu bermakna menu yang nak di makan telah sedia!!


Sekelip mata, macam2 menu telah tersedia untuk diNGAP..Mudah kann??


Clockwise: Cinna stick, Classified Chicken Pizza, Onion Ring & Hot n Spicy Chicken Wing..
Bismillah...


Akhir sekali
Bolehlah dinikmati menu yang nak dimakan sambil layan balik hindustan tadi..


Moral of the Entri
Masakan di hujung jari amat mudah, cepat & lezattt..