![]() |
Ayam Goreng Berempah |
Salam uollsss!
Makan, makan & makan..
Jom makan ayam goyeng!
Resepi ayam goreng berempah ni terrrrrsangat simple tau..
Sesuai untuk mereka yang rajin makan, tapi malas memasak ;p
Oleh kerana resepi ni ekslusif untuk mereka yang malas, maka Miss Ieka dah simplicitykan segala bahan & kaedah..
Wahai warga yang pemalas sekalian (iaitu SAYA sekali eh)....JOM MASAK!
Bahan-bahan
Ayam ( walaupun malas, silalah potong & bersihkan ye..)
Daun kari
Rempah kari
Serbuk kunyit
Garam & perasa
Minyak untuk meggoreng
Bahan kisar / ditumbuk kasar
Serai
Halia
Bawang kecil
Bawang putih
Lada hitam
Sedikit ketumbar & jintan
Cara-cara
Ayam digaulkan dengan semua bahan yang dikisar kasar & bahan yang lain
Perapkan seberapa lama yang anda sanggup tunggu
Goreng dengan api sederhana yang panas sehingga garing bersama daun kari
ohh sgt sesuwai ngan saya yg super like to makan tapi malas masak.. muahahhaha.. welcome back dear..
ReplyDelete