Wednesday, March 9, 2011

It's Not a Secret Recipe:Mee Rebus Saya..

Salam kepada semua..
Entri kali ni, Miss Ieka nak ajak semua main masak-masak..
Kali ni, jom kita masak Mee Rebus Saya..
Saya yang masak, maka jadilah Mee Rebus Saya..
Kalau anda yang masak, jadilah Mee Rebus Anda..
Kalau korang yang masak, maka jadilah Mee Rebus Korang..
(sila gelak ye, Miss ieka buat lawak tu..)

Ok, resepi di bawah ialah bahan-bahan untuk kita main masak-masak..
Untuk makluman, Miss Ieka tak berapa pasti tentang measurementnya..
So, korang agak-agak sendirilah ye..
Kata Mee Rebus Korang...

Bahan A
Udang hidup direbus + udang kering dan dikisar halus
Keledek merah, direbus dan dikisar halus
Tetel (optional)

Bahan B (pun dikisar ye..)
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia (sikit jek)
Rempah kari daging

Bahan C
Santan
Kicap Lemak Manis
Gula Kabung
Garam
Air 
Tepung jagung
Serbuk perasa @ stok ayam 

Bahan D (untuk garnishing)
Mee kuning
Lada Hijau
Tauhu goreng
Limau kasturi
Telur rebus..kalau goreng pon sodap!(ini gurauan semata-mata..)

Bahan E (untuk keropok)
Tepung beras
Telur
Air
Garam
Kunyit serbuk (untuk warna sikit)
Dengan benda yang lonjong2 macam padi tu, ape ekk??ketumbar ke jintan??nanti Miss Ieka confirmkan balik eh..sebab kat plastik takde tulis pun ape ke benda alahnye..

Cara-cara
Tumis Bahan B sampai garing bersama tetel
Masukkan air
Masukkan Bahan A, dan kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih
Masukkan santan, perlahankan api
Masukkan gula, garam, stok ayam dan kicap lemak manis..Bubuhlah mengikut sesedap rasa
Bancuhkan tepung jagung dengan air, masukkan sedikit demi sedikit untuk kuah lebih pekat dan berkilat..

Untuk keropok, bancuhkan semua bahan dan gorengkan dalam minyak yang panas..buat ala-ala tempeyek..

Untuk Bahan D, kalau tak tahu nak mengaplikasikannya..Hurmm, sila rujuk gambarajah di bawah:





Rupa sebenar Mee Rebus Saya..Mee Rebus Anda bagaimana??

Pemandangan Mee Rebus Saya di atas meja..

Yang ni mengadess-ngadess nak show off kat sini..
Takde kena mengena, tetapi lezatt dinikmati bersama Mee Rebus Saya..

Moral of the Entri
Errkk..Maaf, Miss Ieka tak pasti apakah moral di sebalik entri kali ni..


SekiaN

5 comments:

  1. miss ieka.. moral nya, kalau mau makan mee rebus, sila la ikut resepi dan masak.. tak pun g jek beli mee rebus hj wahid tuh.. *bg yg malas seperti saya* muahahaha

    ReplyDelete
  2. ek eleh dear, i pon bukannya rajin sangat..once in a blue moon barulah datang rajinnya..selebihnya MALAS!

    ReplyDelete
  3. tetibe ngidam pulak....mcm nk blk jb skrg..hahaha

    ReplyDelete
  4. adess..rugi xde ari tuh...air limau...

    ReplyDelete
  5. shasha:xkan kat kayhell xde mee rebus??

    kak long: tu bikan air limau..tu ice jelly lemon + madu..enak bangett..

    ReplyDelete