Wednesday, April 13, 2011

Ikan Pari Bakar

Petang ni Miss Ieka telah memasak dalam tangisan..(T_T)
Sambil memasak air mata turut mengalir..
Sebabnya??
Sebab bawang pun ye, sebab Si DIA pun ye jugak..
Buat yang x tahu siapa Si DIA, sila rujuk entri sebelum entri Ikan Pari Bakar ni..
Oleh kerana terlalu sedih mengalahkan Neng Yatimah, Miss Ieka tak berapa nak fokus ketika memasak..
Maka, 
Tiadalah gambarajah yang memaparkan kronologi kejadian semasa Ikan Pari Bakar ni berlaku..
Maka,
Tataplah gambarajah Ikan Pari Bakar ini selepas kejadian..


Ikan Pari Bakar bersama Ismit Ulam Raja..

Bahan-Bahan

Ikan Pari
Bawang merah & putih
Cili kering
Serai
Belacan
Udang kering

Cara-Cara

Untuk sambal
Semua bahan di atas (kecuali ikan pari) dikisar dan ditumis hingga garing.
Masukkan garam & gula secukup rasa..
Nak lebih rasa bubuh la Pak Aji tu..

Pastu,
Letakkan ikan dalam daun pisang dan bubuhkan sambal tumis tadi kat atas ikan tu..
Dah namanya Ikan Pari Bakar kan??Apa lagi, pegilah bakar..Jangan direbus pulak,ye..Takde dapur arang nak bakar??
Jangan nak mengade-ngade, pakai dapur gas & bakar atas frying pan pun boleh..
Lepas ikan dah masak, masukkan bendi & cili merah yang telah dipotong seperti gambarajah di atas..
Biar cili dan bendi kejap (tutupkan kuali)..Kalau bendi tu a bit crunchy lagi sodap!
Siap!
Ngap!..Bismillah dulu tau..

Moral of the Entri
Sedih-sedih pun Miss Ieka selera gak nak makan..Dah lecak ketiak memasak, xkan nak membazir kan?? (^_^)\/

No comments:

Post a Comment