Sempena cuti sekolah
Miss Ieka tak dapat menahan diri dari memakan makanan lebih dari biasa..
Oleh itu, terpaksalah Miss Ieka memerah otak kancil ni, mencuba segala macam jenis masakan setiap hari..
Semalam Miss Ieka telah memasak Laksa Mee..
Tak pernah dengar???
Takpe, tak payah dengar..Miss Ieka tunjuk bagi korang tengok..
Lagi besh,kan??
Jom kita ke Pantai Remis!!
Awat Pantai Remis??
Sebab orang Pantai Remis yang pepandai mencipta laksa ni..
Tapi hairan, kenapa paggil Laksa Mee ekk??
Sepatutnya panggil lah Laksa Pantai Remis kan..
Bahan A (Kuah Laksa)
Ketam
Udang hidup
Fish ball (Miss Ieka pepandai menambah)
Bawang merah (mayang halus)
Bawang putih (mayang halus)
Halia (diketuk)
Air
Gula dan garam
Bahan B (Sayur Kacang)
Kacang Panjang
Udang hidup (di ambil dari kuah laksa)
Bawang merah
bawang putih
Gula dan garam
Bahan C (Sambal Cili)
Cili kering (dikisar)
Belacan
Gula dan garam
Cara-Cara
Untuk kuah laksa, tumiskan bawang merah, putih dan halia.
Lepas naik bau, masukkan air.
Masukkan udang dan ketam, biarkan mendidih.
Keluarkan udang dan asingkan.
Masukkan fish ball, garam dan gula secukup rasa,
Untuk sayur kacang, tumiskan bawang merah dan putih yang telah dikisar.
Biarkan garing, masukkan kacang panjang yang telah dipotong (sila rujuk gambarajah)
Akhir sekali masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
Untuk sambal cili tumiskan cili kering yang telah dikisar.
Masukkan belacan, garam dan gula.
Masak sehingga garing.
Sila rujuk gambarajahS di bawah untuk mencuci mata kita..
Mee laksa..Bukan mee sebenar.. |
Kuah Laksa yang berwarna keORENan yang terhasil dari otak udang..Perghhh! |
Jangan lupa tangguk udang tu.. Weh, cun tak tangan Miss Ieka?? |
Beginilah ghope kacang goreng tersebut.. |
Sambal Cili yang garing beraroma belacan.. |
Hidangan lengkap..PERFECT! |
Laksa Pantai Remis |
Moral of the Entri
Walaupun sekolah cuti, cikgu tetap busy..Cikgu busy mentekedarah!!haha!!